Make your own free website on Tripod.com

Ini merupakan halaman saya yang pertama sekali dihasilkan. Justeru itu, saya berharap akan mendapat kerjasama dari anda semua dalam membantu saya meningkatkan lagi mutu halaman ini nanti.Mungkin anda tertanya-tanya apakah tujuan sebenar halaman ini diadakan? Halaman ini bertujuan untuk membantu anda yang ingin mencipta atau menghasilkan pantun yang baik dan bermutu. Untuk pengetahuan anda, halaman ini adalah seumpama terdapat di dalam internet ini. Buat permulaan, halaman ini akan dihasilkan dalam Bahasa Malaysia. Mungkin suatu ketika nanti, halaman ini akan dihasilkan dalam Bahasa Inggeris supaya lebih ramai lagi dapat memahami apa itu pantun sebenarnya.

. Di sini juga, saya ingin merakamkan seribu penghargaan kepada halaman tripod ini di atas kesudian mereka memperuntukan ruang untuk saya menghasilkan halaman yang tidak seumpama ini. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjadikan impian saya selama ini menjadi kenyataan. Diharapkan halaman ini akan terus mendapat sambutan dari anda semua. Saya berjanji akan berusaha memperbaiki halaman ini dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Kembali ke Halaman Utama